ANJAKAN JIWA -KITA SATU-SATUNYA DINANTI ORANG- KEBEBASAN
Aku bukan nak bersajak
Nak melalak apatah lagi
Yang aku tahu tugasan yang satu ini
1500 kata nak aku karang apa
Perihal kebebasan tajuk kecilnya
Nak besar sikit aku nak kata yang ‘aku satu-satunya yang selama ini ditunggu orang’
Nak lagi besar anjakan minda..
Si dia betulkan pula-anjakan kalbu..
Tukar lagi anjakan jiwa..
Buat aku tertanya-tanya..
Mengapa?
Tak mampukah kita..?
Untuk menganjak minda..?
Mungkin bila jiwa tak teranjak
mana mungkin minda menginjak
Buat aku fikir lagi..
Perkaitan satu persatu tak semena
Nak aku cari tak tahu dimana
Nak dibincang apatah lagi
Tak mengapa
Biar aku karang semua
Aku rasa lebih bahagia
Sebab ini apa yang aku rasa…
Bila bibir menguntum kata ‘bebas’
Merdeka saja yang mendada..
Teranjakkah jiwa kalau 31 0gos yang tersemat di kepala
Sebab betul ke aku tahu akan benarnya
Nak aku cari tak cukup fakta
Kadang-kadang tak semena
Aku nak jadi yang tengah
Kanan ku tak terima
Kiri pula aku tolak
Tapi bagus sangatlah
Aku jadi orang yang tak tahu apa-apa
Baik jadi batu yang ditendang orang
Duduk tepi jalan ada gunanya ka?
Aku budak U la..
Gunalah bebas tu sehabisnya
Celah-celah kau semua ada
Student APEX segala ada
Kau carilah merata mana
Semuanya ada
Itu..
ya..
Di hati kau..mahu ke tidak..
Kalau kau malas lagi tak teranjak la jiwa
Biar puting beliung datang
Di situlah engkau..
Anak merdeka konon..
Jadi batu lagi baiklah engkau
Terima segala yang orang sumbat kat dada
Sampai tersekat kau,orang tak rasa
Aku selama ini dinanti-nanti?
Sebab aku satu-satunya..?
Buat aku menggoncang kepala..
Mana nak tau terputar masa
Ingat balik kalau aku berjasa
Kalau aku mencipta nama
Tapi mana mungkin
Aku budak biasa
Kadang-kadang berhingus juga
Sama saja dengan mereka
Hidung pulak tak semancung mana
Buat aku tertanya-tanya…
Picisan mana aku nak kutip
Sebab senyap-senyap hatiku berkata
Aku nak juga
Jadi satu-satunya yang dinanti orang
Mungkin bawa kebebesan pada jiwa
Hingga teranjak kalbu mereka
Jadi anjakan minda mungkin tak mustahil mana
+senyum+
Aku nak buat apa
Berkata tak sefasih mana
Nak berhujah ilmu tak cukup didada
Tapi aku ada juga
Sesuatu yang mungkin kau tak ada
Tak kemut aku nak cerita
Biar panjang sampai terlena
Tapi ada sedarnya mereka
Aku ada yang cukup istimewa
Biar suara sumbing tak kira
Biar nada lari kemana
Aku tahu aku ada
Mungkin tak bergoncang dunia
Tapi getarnya mungkin kau boleh rasa
Aku nak bangkit..
Tapi dia kata….
Bangkitlah dengan tauhid
Supaya aku tak tidur lagi
Dalam kotak yang melenakan
Buat jiwa aku tak teranjak kemana
Meski dibuai mimpi hina
Sebab bebas aku yang punya
Aku nak kongsi sama rata
Biar semua orang tahu akan manisnya
Jiwa teranjak merawat luka
Paradigma yang lumpuh
Mula terubat
Dah kau buktikan pada mereka
Yang kau satu-satunya
Yang selama ini dinanti orang…
Kalau sekarang ku punya biola
Mahu saja kupetik wayarnya
Biar sumbang bingit telinga
Gah aku nak khabarkan pada semua
Aku betul-betul merdeka
+ketawa tak semena+
Aku dah jumpa
Sebatang mancis dan kotaknya
Biar harga 5 duit cuma
Ianya sangat bermakna
Kerna aku nak membakar juga
Kotak yang selama ini buat aku lena
Selesa tak terkira
Sedangkan dalam tak ku sedar kiranya
Busuk menyusuk hingga ke jiwa
Buat orang hina
Kau cari jalan sederhana Cuma
Sedangkan pilihan terjojoi depan mata
Berbaris-baris peluang tak satupun kau endahkan
Mungkin aku adalah perjuang
Entah untuk siapa dan demi siapa aku juangkan
Aku nak rasa
Bila bebas bertakuk di jiwa
Buat aku kenal erti dunia
Agar aku hargai Dia
Buat aku cari bekal
Untuk aku bawa kesana
Dunia lain yang pasti akan tibanya
Kadangkala aku nak gembira
Tapi takut nak sua pada muka
Kerna aku masih banyak hutang pada Nya
Tuhan aku meminta
Jangan kau tarik gembira yang seketika Cuma
Kerna aku cuba nak hebohkan pada dunia
Aku jua mampu nak jadi satu-satunya
Bawa kebebasan yang masih berhala
+tunduk keinsafan+
Mungkin aku boleh bilang Negara aku merdeka
Ya
Memang merdeka
Yang dibawa oleh tokoh dahulu kala
Tapi mungkin wujud tipu daya
Sampai sejarah buat semua gelap mata
Aku tak mahu prejudis
Kau pun tak boleh begitu
Mungkin aku nak cari satu persatu
Sebarang justifikasi yang buka minda aku
Mungkin jiwa aku perlu dulu
Kadangkala aku jadi serabut
Nak tunggu testimonial semata
Setakat mengangguk dengan apa orang kata
Kata tak mahu jadi manusia tipikal
Bila berdebat macam kau tahu semua perkara
Tak masuk lagi perihal fasihnya iluminati
Walhal masih belum jelas ultimatum-nya
Apa lagi mahu atau tidak
Nak tahu atau tidak
Tanyala saja si hati
Jangan karang kau seorang saja gigit jari
Sampai habis kuku kaki
Secara literal mungkin aku dah pancit
Kalau boleh diukur dengan pita
Berapa meter panjangnya
kemampuan aku ini dapat ku kira
Ah..buat aku tanya kembali
Benar –benar ke aku cukup berani
Untuk heret kaki yang gempal ini
Biar langkah setapak lagi..
Tapi ketarnya rasa hingga ke buku lali..
Sebab apa?
Nah..
Kat bahu ni
Tersangkut kemas berjuta harapan
Manusia-manusia yang berharap
Pada aku yang masih ranap
Dengan persoalan tersentap
Ah…
+marah+
Aku hanya pejuang ID
Tidak cukupkah untuk aku
Sekadar bermain warna
Ceriakan dunia
Biar ada’jiwa’ natijahnya
Ah..
+leka sendiri+
Bebas kah aku kalau begini
Serah diri korbankan hati
+buat aku menung lagi+
Konklusi cuba dicari..
Aku perlu berubah
Aku perlu hijrah
Sampai bila nak duduk di takuk lama
Sampai berkulat busuk baunya
Paradigma mahu dianjak
Biar tenang jiwa seketika
Biar kalbu damai terasa
Mungkin bisa menginjak minda
dapat juga aku bangkit dengan tauhidnya
hei..
biarlah aku pejuang ID atau pelingkup mana
yang aku pasti aku mampu melangkah
sedarlah aku ini dinanti orang
bawa kebebasan yang literal
kerna aku
…..satu-satunya
SOUL SHIFT
AWAKENING AS ONE
WE ARE THE ONES WE’VE BEEN WAITING FOR
INDEPENDENCE
GROUP MEMBERS :
SYED KAMIL NAFIS BIN SYED YUSOF
MOHAMAD AKMAL HAKIM BIN MOHD MOKHTAR
NOR ATIQAH FARHAN BT OTHMAN
NURUL JANNAH BINTI OMAR
AW JUEY FANG
No comments:
Post a Comment