Tuesday, October 19, 2010

SOULSHIFT!!

this is the 300 words abstract:


Kebebasan hakikatnya seringkali dimanipulasikan. Lebih-lebih lagi buat sang penerimanya Menagenai bagaimana mereka menerima tamparan kebebasan.Si buta dan Si tuli berbeza frasa merungkai makna kebebasan . Hakikatnya jika ia ditabur pada manusia pasti mereka mencapai,ibarat dahaga tidak terhingga pada kebebasan.Natijahnya,apa sebenarnya perlunya?Apa sebenar manfaatnya? Adakan menmbuat si Buta menjadi celik,yang bodoh menjadi cerdik.Jika kita satu-satunya yang selama in dicari orang,yang selama ini ditunggu orang dari musim bertukar musim dari abad sekalipun bertukar abad,yakinlah bahawa kitalah satu-satunya yang dinanti-nanti dan segeralah bangkit bersama tauhid di hati

Perumpamaan ‘Katak di Bawah Tempurung’ merupakan peribahasa melayu yang menunjukkan betapa terkurung dan terkonkongnya pemikiran dan kebebasan seseorang individu. Kebebasan minda umumnya memberitahu kita bahawa betapa bebas dan terbukanya pemikiran seseorang individu.Pemikiran yang bebas mengajar kita untuk menbuka seluas-luasnya pemikiran kita kearah ilmu dan pengetahuan yang baru. Minda yang terbuka adalah minda yang bersedia untuk belajar. Kita tentu pernah dengar dengan perkataan ortodoks yang selalunya diistilah kepada pemikiran yang sempit dan tidak bersedia menerima ajaran baru.

Kebebasan minda atau fikiran yg bebas juga membawa erti fikiran yang tidak dikongkong. Kita bebas berfikir , kita bebas mencipta dan meneroka ilmu-ilmu baru.Fikiran yang bebas adalah fikiran yang merdeka . Kita juga pasti pernah mendengar tentang pemikiran kreatif , inovatif dan sebagainya.Inilah yang dimaksudkan dengan pemikiran yang merdeka.

Idea-idea dan fahaman baru yg ditafsir dan diistilah oleh minda-minda yang bebas adalah idea yang tulen dan fahaman yang teguh dan inilah yang disebutkan sebagai falsafah dan ideologi. Minda yang merdeka ,bakal melahirkan individu-individu hebat yang bakal mencorak dan mengubah sejarah dunia.

Kebebasan politik adalah kebebasan memerintah , menguasai dan mengatur aturan sesebuah organisasi atau Negara. Kita tentunya pernah mendengar bagaimana Mahatma Gandhi berjuang bermati-matian untuk kemerdekaan India,tertewasnya Tok Janggut , tersungkurnya Dato’ Bahaman dan terbuang Dato Maharaja Lela daripada tanah air sendiri.Ini semua terjadi kerana apa? Jawapannya adalah satu. Kebebasan politik. Adakah kita kini bebas dalam berpolitik?Demokrasi yang pada asasnya berteraskan kepada kebebasan suara rakyat akhirnya menjadi pemecah kepada kesatuan rakyat . Rakyat berpecah , bersatu mengikut parti-parti tertentu . Adakah kita dalam sesebuah parti, atau hidup dalam sebuah Negara? Sama-sama kita fikirkan...

Simpulan konklusi mengkhabarkan perihal kemerdekaan yang dicari. Disuruh Tanya sendiri,benarkah kita yang dinanti? Bersediakah kita menjadi satu-satunya yang menebarkan tali disuruh ikat dari kanan hingga ke kiri manusiawi , agar kuat dan bersatu hati ,dari berjuta menjadi satu,yang dinanti dalam mengejar kebebasan yang hakiki dan ingatlah bahawa kita sesuatu yang pasti yang selama ini dinanti.

No comments:

Post a Comment